IKLAN

Tuesday, July 31, 2012

HAK CIPTA TERPELIHARA!!!

Assalamualaikum wrt.wbrt.

Kepada semua yang sudi singgah di blog ini.. adalah dengan ini dimaklumkan bahawa semua design dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA penulis blog ini.. sebarang spekulasi dan copy design hendaklah dengan izin penulis.. kerana telah ada yang copy sebijik dan paste dan kata hasil kerja beliau sendiri dan kata penulis copy dari dia.... sekadar mencedok idea tiada halangan namun jgnlah sampai sebijik amik bulat bulat idea tersebut dan paste sesuka hati... kadang kala kita memang perlu rujukan dan garis panduan untuk menerbitkan idea kita sendiri dalam erti kata lain, meransang deria untuk menaakul supaya dapat menimbulkan idea yg lebih kreatif lagi..

Kadang kala penulis juga kehilangan punca dan ter'blur' sebentar apa tidaknya... start pagi, terpacak je kat komputer, dah sampai senarai design yang perlu di sediakan untuk hari itu juga... contoh ada satu majlis akan berlangsung dalam beberapa hari lagi.. dan harus dah ada:-

1) POSTER
2) BANNER
3) BANTING
4) BACKDROP
5) BUKU ATURCARA
6) SIJIL
7) COVER TEKS UCAPAN
8) DESIGN TAG MEJA
9) FLAYERS
10) DESIGN SLIDE PRESENTATION
11) DESIGN TSHIRT (KALAU MAJLIS BESAR)

Ermmm itu baru satu majlis yang akan berlangsung.. dah kena fikir konsep apa, warna apa sesuai, gambar apa, illustrasi abstract or formal..  itu belum lagi kerja sampingan yang dari rakyat jelata sekeliling..

Jadi hopefully bakal pereka yang bercita cita nak jadi PEREKA fikirkan inilah ruang lingkup hal sebenar yang akan anda lalui sepanjang perjalanan anda.. harap byk sabar dan buat 'dek' je dgn dugaan ini byk hikmahnya.. menguji kesabaran dan keimanan serta mematangkan fikiran..

Sekian untuk kali ini.

Sunday, July 29, 2012

DESIGN BILLBOARD RAMADAN DAN KEMERDEKAAN 2012

Design lama dan baru... Done!

Design Billboard Sekitar Subang Jaya,
Seri Kembangan, Puchong Dan Serdang
Design Billboard di Persiaran Tujuan USJ


Friday, July 27, 2012

DESIGN MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 1433H



Design Backdrop 8.5 x 8 kaki

Design Banner 17 x 4 kaki
Design Kad Aturcara
Design Banting Dilokasi
Design Dilokasi

Banting







Wednesday, July 25, 2012

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2012

Banting 

Design Majlis Pelancaran
Design Majlis Pelancaran
Kempen Jom Kibar
Design Banting Pelancaran dan Moke Cek semasa dilokasi

Banner

Moke Cek

Monday, July 23, 2012

CANTIK ITU SANGAT ABSTRACT!!

Salam semua,..
just nak kongsi pengalaman sepanjang 15 tahun menjadi PEREKA GRAFIK... benar benar menguji tahap mental dan fizikal.. terutama pereka wanita... lebih lagi yang sudah berkeluarga.. masa adalah emas yang sangat berharga.. harus memiliki pasangan yang sgt sporting dan memahami bidang kerja kita yang tidak menentu masa dan kekurangan perhatian kepada insan terdekat..

jadi sebelum melangkah dan bertekad menceburi bidang ini harus berfikiran posititf dan berbincang dengan pasangan untuk seumur hidup anda terangkan apa yang bakal mereka lalui bersama anda PEREKA GRAFIK..

dan bersedia berdepan dengan pelbagai 1001 perangai pelanggan anda yang menyemarakkan keimanan dan bersedia untuk dikritik samada terang terangan or belakang belakang.. so... semua ini adalah asam garam..

dan lagi nak kongsi perkataan dan nilai CANTIK itu sgt berbeza kategori dan mata setiap individu.. jadi selamat bekerja dan mengeluarkan idea anda, serta SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA>>

sekian untuk hari ini

Saturday, July 21, 2012

Friday, July 13, 2012