IKLAN

Tuesday, July 31, 2012

HAK CIPTA TERPELIHARA!!!

Assalamualaikum wrt.wbrt.

Kepada semua yang sudi singgah di blog ini.. adalah dengan ini dimaklumkan bahawa semua design dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA penulis blog ini.. sebarang spekulasi dan copy design hendaklah dengan izin penulis.. kerana telah ada yang copy sebijik dan paste dan kata hasil kerja beliau sendiri dan kata penulis copy dari dia.... sekadar mencedok idea tiada halangan namun jgnlah sampai sebijik amik bulat bulat idea tersebut dan paste sesuka hati... kadang kala kita memang perlu rujukan dan garis panduan untuk menerbitkan idea kita sendiri dalam erti kata lain, meransang deria untuk menaakul supaya dapat menimbulkan idea yg lebih kreatif lagi..

Kadang kala penulis juga kehilangan punca dan ter'blur' sebentar apa tidaknya... start pagi, terpacak je kat komputer, dah sampai senarai design yang perlu di sediakan untuk hari itu juga... contoh ada satu majlis akan berlangsung dalam beberapa hari lagi.. dan harus dah ada:-

1) POSTER
2) BANNER
3) BANTING
4) BACKDROP
5) BUKU ATURCARA
6) SIJIL
7) COVER TEKS UCAPAN
8) DESIGN TAG MEJA
9) FLAYERS
10) DESIGN SLIDE PRESENTATION
11) DESIGN TSHIRT (KALAU MAJLIS BESAR)

Ermmm itu baru satu majlis yang akan berlangsung.. dah kena fikir konsep apa, warna apa sesuai, gambar apa, illustrasi abstract or formal..  itu belum lagi kerja sampingan yang dari rakyat jelata sekeliling..

Jadi hopefully bakal pereka yang bercita cita nak jadi PEREKA fikirkan inilah ruang lingkup hal sebenar yang akan anda lalui sepanjang perjalanan anda.. harap byk sabar dan buat 'dek' je dgn dugaan ini byk hikmahnya.. menguji kesabaran dan keimanan serta mematangkan fikiran..

Sekian untuk kali ini.

No comments:

Post a Comment